Monday 28 September 2009

1 Malaysia








Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum atau etnik yang hidup dalam suasana yang harmoni. Keadaan ini adalah unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia. Namum demikian, terdapat juga konflik antara kaum yang jarang berlaku. Masalah perpaduanlah yang merupakan masalah utama ke arah kemerdekaan. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Matlamat Satu Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian komponen masyarakat yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.


Satu Malaysia akan terus menjadi satu proses dinamik pembangunan negara. Sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam memenuhi segala janji yang ditabur kepada rakyat sejagat Malaysia. Tanpa mengambil kira, aspek seseorang rakyat itu dari parti mana,tetapi adalah atas dasar satu Malaysia, demi kebaikan senegara, semua pihak perlu berpegang pada satu landasan dalam merealisasikan apa yang disasar. Menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak : “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.


Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriostisme. Keharmonian ini harus berkekalan selama-lamanya. Konsep Satu Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep Satu Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Pembinaan Negara Bangsa merujuk kepada proses pembinaan atau pembentukan sebuah Negara Bangsa,menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah dalam negara itu. Proses itu bertujuan untuk menyatupadukan rakyat dalam Negara atau negeri-negeri yang disatukan sebagai persekutuan supaya keadaan politik mereka stabil dan boleh dipertahankan dalam jangka panjang.


Proses pembinaan Negara bangsa boleh meliputi penggunaan integrasi, kewarganegaraan, patriotism dan demokrasi, atau pembangunan infrastruktur utama untuk kepentingan keharmonian sosial dan pertumbuhan ekonomi. Malaysia telah mengambil pelbagai strategi untuk mengejar pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat.


Negara bangsa bukan terjadi dengan sendirinya tanpa suatu proses. Pembinaan Negara Bangsa berlaku dalam tempoh yang panjang dan tidak serentak bagi semua lapisan masyarakat. Agen pembinaan Negara Bangsa yang paling utama adalah pendidikan.Pendidikan merupakan satu bidang yang mempengaruhi setiap warga Negara.Pendidikan seringkali dijadikan agen perubahan kerana ia mampu menyentuh kehidupan setiap insan.Sistem pendidikan yang lengkap dengan perancang dasar,pelaksana dasar,dan penilai pelaksanaan adalah wahana yang paling efisien dalam soal pembinaan sebuah Negara bangsa.


Bersatu kita teguh bercerai kita roboh ,sebagai satu fitrah dan pedoman kehidupan semua rakyat, tidak kira sama ada kita bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya asalkan kita satu bangsa Malaysia baru yang patriotik.Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Oleh itu, usaha mengukuhkan hubungan antara etnik secara holistik adalah amat mencabar. Ternyata kini, Malaysia sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Pelan tindakan memupuk dan memperkasakan hubungan antara etnik bersandarkan teras yang telah dibina oleh arkitek negara yang terdahulu,iaitu Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.


Di Malaysia, tidak terdapat institusi yang mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman dan eksekutif) mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Semangat Rukun Negara dan Perlembagaan sering dirujuk sebagai batu tanda dalam dasar-dasar kerajaan kearah pembinaan masyarakat berbilang etnik dan budaya yang bersatu. Dengan kedudukan politik yang secara relatifnya kuat dan stabil, kerajaan seharusnya merancangkan dan melaksanakan pelan tindakan untuk mengeratkan perhubungan antara etnik kearah memperkukuh perpaduan nasional.


Satu Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Sebagai rakyat, kita harus mengkaji semua maklumat yang dibaca dan dterima sebelum menyalahkan pemimpin dan negara, kerana pemimpin dan negara merupakan pembentuk masyarakat cemerlang.


Rakyat Malaysia khususnya generasi pasca merdeka seharusnya berasa amat beruntung dan bertuah serta sentiasa mensyukuri nikmat kerana menjadi warga negara ini. Ini disebabkan sejak merdeka, kita tidak pernah menghadapi penderitaan akibat perang. Tidak banyak peristiwa pahit yang dialami melainkan tragedi tahun 1969. Bagaimanapun tragedi tersebut tidak menjadi titik tolak kehancuran negara sebaliknya mendewasa dan mematangkan rakyat akan perkara-perkara sensitif yang boleh merosakkan perpaduan.


Kita tidak melihat ke belakang sebaliknya berusaha memajukan diri. Kita berjaya membangunkan negara dan pada masa yang sama, kita juga telah berjaya mengekalkan keamanan negara serta keharmonian kaum selama lebih dari 30 tahun.Ini merupakan satu rekod pentadbiran dan politik yang baik, lebih-lebih lagi jika kita mengambilkira latar belakang rakyat negara yang berbilang kaum dan berbilang agama. Tidak ada satu negara pun di dalam dunia ini yang mempunyai latar belakang yang sebegitu unik seperti negara kita.


Usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam merealisasikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan seharusnya ditonjolkan dengan sebaik-baiknya untuk generasi baharu dan akan datang, agar mereka benar-benar memahami peranan yang boleh dimainkan. Disebabkan itu kita tidak boleh `mengukur kain di baju orang lain’, sebaliknya kita perlu terus yakin, terus percaya, bahawa bukan orang lain, tetapi kita sendiri yang mempunyai formula terbaik untuk rakyat dan negara ini.


Satu Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Selain itu, pemimpin haruslah mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan diri demi negara Malaysia. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.


Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.


Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perl menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.


Terdapat dua kaedah lazim dapat digunakan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Kaedah pertama yang digunakan oleh negara barat seperti Amerika Syarikat adalah mengadakan program yang tidak menyentuh tentang agama, kebudayaan dan adat resam setiap kaum. Kaedah kedua yang sering digunakan di negara membangun seperti di Timur, di mana agama, kebudayaan dan adat resam tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian ialah dengan meneruskan amalan mengikut kaum disamping menanamkan sikap bertolak ansur, saling menghormati dan menerima satu sama lain, serta menggalakkan kesatuan dalam kepelbagaian.


Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘Satu Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah, Budaya kecemerlangan, Ketabahan, Rendah hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti.


Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Sekiranya rakyat Malaysia mengamalkan budaya cemerlang maka akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara akan membuka mata dunia luar terhadap negara kita.


Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Pemimpin dan rakyatnya mestilah tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan dalam setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja demi mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara.


Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada tetapi sikap ini perlu dielakkan untuk menunjukkan kekuatan kita semasa berurusan dengan masyarakat luar di luar Negara. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.


Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.Keperluan ‘Satu Malaysia’ dapat dicerminkan melalui peluang- peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek diberikan kepada semua kaum.


Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara . Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran ,bak kata pepatah Melayu,bersatu teguh ,bercerai roboh. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.


Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.


Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.Pendidikan untuk pembinaan Negara Bangsa perlu merupakan pendidikan yang bersifat holistik iaitu pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan ini menjunjung tinggi ilmu, kemahiran, ketrampilan ,adab dan nilai.sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia seharusnya dimanifestasikan di peringkat sekolah agar menjadi bukti kepada masyarakat dan dunia bahawa modal insan yang mempunyai daya juang, daya kreativiti, daya saing dan jati diri yang tinggi berupaya dihasilkan.

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Nilai integriti merangkumi perolehan kepercayaan dan keyakinan rakyat .Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Yakni kita haruslah menepati janji kerana memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.


Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘Satu Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.


Sebagai kesimpulannya, hasil sumbangan semua lapisan masyarakat yang sanggup membanting tulang serta mengambil risiko maka Malaysia dapat menempuh pelbagai halangan dan rintangan seperti kepincangan sosioekonomi, peristiwa 13 Mei 1969 serta kemelesetan ekonomi kebelakangan ini. Kini ekonomi Negara kita beransur pulih dan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana meneruskan Dasar Integrasi Nasional yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman melalui Gagasan Satu Malaysia!

10 Cara Tingkatkan Daya Ingatan







Manusia memerlukan daya ingatan untuk melakukan aktiviti harian amnya dan menghadapi peperiksaan khasnya.


Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara.


Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang.


Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya.


Disini disenaraikan 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik.


(1)Kacang Soya


Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori


(2)Zat Besi


Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak


(3)Kopi


Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafeinLatihan MentalKajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental.


(4)Latihan mental


boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.


(5)Latihan Fizikal


Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.


(6)Mengunyah Gula-Gula Getah


Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.


(7)Ginkgo Biloba


Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.


(8)Minyak Ikan


Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.


(9)Rosemary Dan Sage


Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.


(10)Vitamin B


Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.


Niacin atau B3 sangat baik untuk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.


Friday 18 September 2009

Sudahkah anda bersedia menjadi seorang PEMIMPIN?










Sekadar berkongsi sesuatu yang bermanfaat.



Setiap daripada kita adalah pemimpin, sewajarnya kita memahami dan menguasainya. Semoga berjaya!



1. Kebersihan Jiwa Dan Rohani


Seorang ketua harus sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memperbaikinya. Kebersihan jiwa dan rohani diperoleh dengan keikhlasan bertujuan bahawa segala perbuatan semata-mata untuk Tuhan.


2. Kuat Dan Sihat Tubuh Badan


Orang yang lemah tentulah tidak cergas dan cerdas dalam melaksanakan tugas yang mencabar. Oleh yang demekian, seorang ketua tidak boleh sekali-kali mengabaikan keadaan kesihatannya.


3. Memiliki Keupayaan Mental dan Fikiran


Keadaan dunia hari ini yang semakin rencam dengan berbagai ragam idea, idealogi, dan kebudayaan memerlukan pemimpin membangunkan keupayaan mental dan fikirannya bagi membolehkannya menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran. Akalnya perlu dikembangkan dengan bahan-bahan yang berbagai rupa supaya menjadi lebih subur, matang dan mantap. Ketua mesti banyak membaca dan sentiasa peka dengan peristiwa di sekeliling.


4. Mengenal Ahli dan Organisasi Yang Dipimpin


Selain tekun melaksanakan kegiatannya, ketua harus juga memerhatikan tindak-tanduknya dengan teliti dan jujur. Dia juga harus tahu berkenaan situasi fikiran dan organisasinya. Dia harus mengenali pendapat para anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.


5. Mengenali Jiwa


Pemimpin wajib mengetahui potensi yang ada pada dirinya, mengukuhkan kekuatan dan menguatkan mana-mana kelemahannya. Dia mesti berusaha memperkaya pengetahuan amnya serta mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam pelbagai bidang. Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin yang terdahulu.


6. Memberi Perhatian Kepada Ahli


Ketua harus dapat menawan keyakinan orang bawahannya bagi membolehkan dia mendapat manfaat daripada kebolehan ahli sendiri untuk seluruh organisasi yang dipimpin. Namun hal ini akan berjaya sekiranya pemimpin benar-benar menunjukkan usaha mahu mengenali anggota-anggotanya dari dekat mengambil tahu hal ehwal peribadi atau bercorak umum, ikut menyertai mereka ketika mereka gembira dan duka dan berusaha mencari penyelesaian bagi masalah-masalah mereka.


7. Menjadi Teladan Yang Baik


Orang bawahan yang dipimpin akan sentiasa memerhati dan menolong kepada pemimpin mereka sebagai contoh terbaik yang boleh mereka teladani. Oleh itu, telatah pemimpin, kecerdasannya, budi pekertinya, kata-kata dan segala perubahannya mempunyai pengaruh yang amat berkesan ke atas seluruh organisasi. Oleh itu pemimpin mesti menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi.


8. Pandangan Yang Tajam


Seorang ketua haruslah mampu melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi membuat keputusan yang tegas dalam pelbagai suasana dan masa. Perkara ini penting bagi kestabilan organisasi dan ahli yang didampinginya. Sikap teragak-agak, kabur, resah, dan tidak tegas akan mengakibatkan keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan para anggota bawahan menjadi hilang keyakinan dan seterusnya menyukarkan pengawalan ke atas anggota dan perjalanan pasukan.


9.Kuat Kemahuan


Hanya dengan kemahuan yang kuat sahaja memungkinkan ketua sanggup mengharung segala rintangan dan masalah yang sememangnya dijangkakan akan berlaku dalam mengendalikan sesebuah kumpulan dan organisasi.


10. Optimistik


Selaku ketua, barisan kepimpinan mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas anggotanya. Jika pemimpin berputus asa, maka ia sudah pasti mendedahkan barisan perjuangannya itu kepada kekecewaan dan putus asa sebaliknya, jika ia bersikap optimistik tentulah ia akan menyemarakkan semangat mereka.

DISIPLIN DIRI KUNCI KEJAYAAN





Disiplin diri amat penting bagi seseorang pelajar, lebih-lebih lagi untuk menjamin keputusan yang cemerlang.Umumnya disiplin diri ialah keupayaan seseorang individu mengawal tingkahlaku supaya memenuhi kehendak masyarakat.

Berikut merupakan disiplin diri yang harus dimiliki seseorang pelajar:-

1. Pelajar dapat mengawal diri dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru.

2. Pelajar tidak akan terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah.


3. Pelajar akan menghormati seluruh warga sekolah.


4. Pelajar akan mengikuti jadual belajar yang telah disediakan.


5. Pelajar akan sanggup bekerja keras untuk masa depan.


6. Pelajar akan Membuat semua kerja sekolah yang diberikan.


7. Pelajar akan sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan yang cemerlang.


8. Pelajar tidak akan terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang boleh menjejaskan imej dan tumpuan mereka terhadap pembelajaran mereka.

7 Tabiat Orang Yang Berjaya


1.Pro-aktif.
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jari kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan
masalah.

2.Mula dengan wawasan di dalam minda.
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3.Utamakan yang utama.
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang.
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.


5. Dengar dahulu sebelum berkata.
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha.
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang.
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

Tip-tip Peperiksaan


Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :


1. Semak jadual


Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.


2. Kunci peperiksaan


Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.


Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan


Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.


Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan


Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.


Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan


Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.


a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.


Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.


Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.


Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah.


Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.


Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.


Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.


b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.


Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.


Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.


Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.


Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.


Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.


Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.


Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.


c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.


Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.


Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Berdoa Kepada Tuhan


Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa kepada Tuhan kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persediaan dan menghadapi peperiksaan.

6 soalan Cerita Motivasi





Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. ..


Lalu beliau mengajukan enam pertanyaan.. .


Pertama...


'Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini...???'


Murid-muridnya ada yang menjawab...'orang tua', 'guru', 'teman', dan 'kerabatnya' ...


Sang Guru menjelaskan semua jawaban itu benar...


Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah 'kematian'.. .


Sebab kematian adalah PASTI adanya.....


Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua...


'Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini...???'


Murid-muridnya ada yang menjawab...'negara Cina', 'bulan', 'matahari', dan 'bintang-bintang' ...


Lalu Sang Guru menjelaskan bahwa semua jawaban yang diberikan adalah benar...


Tapi yang paling benar adalah 'masa lalu'...


Siapa pun kita... bagaimana pun kita...dan betapa kayanya kita... tetap kita


TIDAK bisa kembali ke masa lalu...


Sebab itu kita harus menjaga hari ini... dan hari-hari yang akan datang..


Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga...


'Apa yang paling besar di dunia ini...???'


Murid-muridnya ada yang menjawab'gunung', 'bumi', dan 'matahari'.. .


Semua jawaban itu benar kata Sang Guru ...


Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah 'nafsu'...


Banyak manusia menjadi celaka kerana memperturutkan hawa nafsunya...


Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu...


Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini... jangan sampai nafsu


membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat)...


Pertanyaan keempat adalah...


'Apa yang paling berat di dunia ini...???'


Di antara muridnya ada yang menjawab...


'baja', 'besi', dan 'gajah'...


'Semua jawaban hampir benar...', kata Sang Guru ..


tapi yang paling berat adalah 'memegang amanah'...


Pertanyaan yang kelima adalah...


'Apa yang paling ringan di dunia ini...???'


Ada yang menjawab 'kapas', 'angin', 'debu', dan 'daun-daunan' ...


'Semua itu benar...', kata Sang Guru...


tapi yang paling ringan di dunia ini adalah 'meninggalkan ibadah'...


Lalu pertanyaan keenam adalah...


'Apakah yang paling tajam di dunia ini...???'


Murid-muridnya menjawab dengan serentak... 'PEDANG...!!!''


(hampir) Benar...', kata Sang Guru


tetapi yang paling tajam adalah 'lidah manusia'...


Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati...


dan melukai perasaan saudaranya sendiri...


Sudahkah kita menjadi insan yang selalu ingat akan KEMATIAN...


senantiasa belajar dari MASA LALU...


dan tidak memperturutkan NAFSU...???


Sudahkah kita mampu MENGEMBAN AMANAH sekecil apapun...


dengan tidak MENINGGALKAN IBADAH....


serta senantiasa MENJAGA LIDAH kita.